Thursday 7 February 2013

Muzik Dalam Bilik Darjah









                                                                        Muzik Dalam Bilik Darjah
Aktiviti Apresiasi Muzik (Muzik masyarakat Malaysia) :
i. Mendengar muzik Malaysia dan mengenal pastikan konsep muzik seperti warna ton, tekstur, irama dan dinamik
ii. Menonton video persembahan muzik Malaysia dan menghuraikan ciri-ciri teknik persembahan.
iii. Menginterpretasikan muzik Malaysia yang didengari dengan gerakan yang sesuai untuk menyampaikan konsep muzik berkenaan
iv. Menginterpretasikan muzik Malaysia yang didengari dalam bentuk grafik
v. Melukis dan melakar secara ikonik terhadap muzik Malaysia yang diperdengarkan
Aktiviti Apresiasi Muzik ( instrumental )
i. Mendengar muzik instrumental dan mengenal pastikan konsep muzik seperti warna ton, tekstur, irama dan dinamik
ii. Menonton video persembahan muzik instrumental dan mengklasifikasikan warna ton alat-alat muzik
iii. Menginterpretasikan muzik instrumental yang didengari dengan gerakan yang sesuai untuk menyampaikan konsep muzik berkenaan
iv. Menginterpretasikan muzik instrumental yang didengari dalam bentuk grafik
v. Melukis dan melakar secara ikonik terhadap muzik instrumental yang diperdengarkan

Muzik Dalam Bilik Darjah merangkumi:
1. Pergerakan lokomotor & bukan lokomotor
2. Pergerakan Kreatif
3. Teknik pernafasan (latih vokal kanak-kanak)
4. Renj suara, register suara & koir
5. Nyanyian Berharmoni (dron, bordun & ostinato)
6. Fungsi & konsep muzik dalam lagu
7. Teknik nyanyian (kanak-kanak)
8. Aktiviti Muzikal (penghargaan Kanak-kanak)
9. Apresiasi Seni Muzik (umum)
10.Masalah nyanyian kanak-kanak.

DEFINISI PERGERAKAN

Definisi pergerakan adalah sebarang bentuk gerak (movement) yang dilakukan oleh seseoramg itu akan menyebabkan dia berubah kedudukan atau kekal di tempat tersebut. Pergerakan lokomotor ialah pergerakan yang menyebabkan keseluruhan tubuh badan berubah kedudukan seperti berjalan dan berlari disebut bergerak dan beredar.
Pergerakan pergerakan tersebut boleh dikoordinasikan bagi manipulasi dengan alatan seperti melambung, membaling, menggolek dan menampar alatan kecil atau besar. Pergerakan-pergerakan ini dapat diaplikasikan sebagai rutin harian sama ada dalam tugas harian ataupun dalam aktiviti sukan dan rekreasi.
Bagi meningkatkan potensi kreativiti murid dalam melakukan pergerakan khasnya menginterpretasi idea , perasaan serta tanggapan deria yang dilahirkan secara simbolik , pendekatan pergerakan kreatif digunakan . Pengalaman pergerakan kreatif dapat memperkembang kesedaran dan kefahaman konsep-konsep pergerakan.

DEFINISI MUZIK
Menurut Campbell 1995, muzik adalah suatu kesenian yang tertumpu pada aspek pendengaran atau aural. Oleh yang demikian, muzik boleh diperkenalkan kepada bayi dan kanak-kanak pra sekolah dalam bentuk elemen muzik.
Prinsip Pengajaran dan Pembelajaran Muzik
i. Mengajar bunyi-bunyian dahulu sebelum tanda-tanda
ii.Mendidik pelajar dengan memberikan galakan kepada mereka supaya memerhati, mendengar, meniru, sereta membezakan bunyi-bunyi yang didengarnya itu (kaedah penemuan
kendiri).
iii. Mengajar satu unsur muzik sahaja (melodi, harmoni, irama, ekspresi, bentuk, warna ton atau jalinan) pada satu ketika. (pembelajaran mengikut urutan).
iv. Prinsip-psinsip dan segala teori harus diberi hanya selepas amalan praktik dijalankan (pembelajaran heuristik).
v. Pelajar harus diberi peluang yang mencukupi untuk mengkaji muzik dan membnuat latihan-latihan (kaedah pendekatan berkonsep).
vi. Nama-nama not untuk nyanyian dan muzik instrumental harus diselaraskan.


Kaedah-kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Muzik
i. Edwin Gordon boleh dikatakan lebih diberi keutamaan kerana mengunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran secara berperingkat atau ‘sequential’.


ii. Dalcroze menggunakan gerak geri tubuh badan untuk menanam kefahaman dan menimbulkan kepekaan atau sensitivity terhadap aspekaspek muzik


iii. Pendekatan Carl Orff memberi penekanan kepada beranika jenis pengalaman muzikal.
a. Imitasi (Mengajuk Balik)
b. Eksplorasi (Fasa Cari Sendiri)
c. Improvisasi- Belajar dari asas ton . Skel pentatonik ialah skel yang mempunyai lima ton.
d. Creation (Mencipta)- penciptaan dengan menggunakan bahan asas dari fasa-fasa.
e. Literasi – menulis dan membaca nota muzik


iv. Suzuki-menamakan kaedahnya talent education’ atau pendekatan bakat
v. Gordon mengutamakan prinsip ‘sound before symbol’ dimana keutamaan diberikan kepada pembelajaran permainan muzik tanpa notasi dahulu sebelum simbol-simbol muzik diperkenalkan.
Jalinan Monofoni: Apabila muzik itu hanya pada melodi sahaja iaitu tanpa ada alat iringan atau hanya mempunyai satu bunyi sahaja. Jalinan Homofoni: Apabila melodi diringi oleh alat muzikal yang berharmoni yang mempunyai kod. Jalinan Polifoni: Apabila satu atau dua melodi dibunyiikan berterusan dengan menggunakan alat iringan.

Tiga komponen besar dalam pendidikan muzik.
i. Kemahiran Muzikal Nyanyian
ii. Kemahiran Muzikal Muzik dengan gerakan
iii. Kemahiran muzikal Permainan alat muzik.

Bidang nyanyian memberi penumpuan dan penegasan kepada
aspek postur, pendengaran, sebutan, pernafasan da eknik pengeluaran suara.

Muzik dengan pegerakan memberi peluang kepada pelajar menggunakan tubuh badan sebagi respon kepada muzik.

Permainan alat muzik melatih pelajar dalam kordinasi mata, pendengaran dan psikomotor melalui penglibatan pelajar dalam kegiatan permainan alat muzik.





KEPENTINGAN PERGERAKAN
Pergerakan merupakan aktiviti yang memenuhi aktiviti kanak-kanak untuk penglibatan yang aktif dalam situasi pembelajaran muzik . ia memberi peluang kepada kanak-kanak untuk melibatkan diri sepenuhnya dan meluahkan perasaan mereka, imaginasi dan menginterpretasi melalui muzik secara pergerakan fizikal yang bersifat ‘nonverbal’ .Oleh itu respon kepada muzik merupakan pelengkap kepada pelbagai aktiviti pengajaran pembelajaran di bilik darjah kerana dalam dunia kanak-kanak muzik dan gerakan tidak boleh dipisahkan kerana sifat semulajadi kanak-kanak memang suka bergerak.
TEORI KECERDASAN PELBAGAI HOWARD GARDNER

Kecerdasan Muzik
Kecerdasan ini berkaitan dengan kemampuan untuk menggemari, mendiskriminasi dan meluahkan perasaan melalui muzik. Hal ini kerana kecerdasan muzik yang terdapat dalam diri seseorang individu membolehkannya mengesan bunyi tanpa lisan, muzik serta irama yany terdapat dipersekitarannya. Seseorang yang mempunyai kelebihan ini sangat sensitive kepada bunyi-bunyian atau suara yang wujud di dunia ini, baik yang berasal daripada suara alat muzik ataupun yang timbul daripada gejala alamiah seperti suara manusia, binatang mahupun guruh serta suara-suara yang lainnya. Mereka berupaya menggunakan set asas atau elemen-elemen muzik serta dapat bermain alat muzik serta dapat menghafal lirik muzik dengan baik. Selain itu seseorang yang cenderung dalam keceerdasan ini boleh menggubah rentak dan tempo muzik dan mudah mengenali dan mengingati nada-nada bunyi atau muzik.
Mereka juga dapat mengubah kata-kata menjadi lagu dan boleh mencipta berbagai-bagai alat dan permaianan muzik. Mereka pintar melantunkan nada lagu dengan baik, pandai mengguanakan kosa kata muzikal dan peka terhadap ritma, ketukan, melodi atau warna suara dalam sebuah komposisi muzik. Semua orang mempunyai kecerdasan muzik tetapi dengan darjat yang berbeza-beza. Semua manusia di dunia ini mempunyai kecedasan untuk menikmati dan menghayati pengalaman muzik yang ada berdasarkan tahap yang berbeza-beza. Contoh aktiviti kecerdasan muzik ialah persembahan muzik, bunyi vocal, bunyi instrumental, nyanyian dan drama lagu. Penyanyi, mengubah lagu, pemain muzik dan komposer lagu ialah kerjaya yang sesuai dan tepat bagi mereka yang mempunyai kecerdasan muzik ini.
Kecerdasan Kinestetik
Orang yang mempunyai kecerdasan kinestetik yang tinggi berkebolehan mengguanakan sebahagian atau keseluruhan anggota tubuh badan mereka untuk berkomunikasi dan menyelesaikan masalah yang dihadapi. Oleh itu, mereka cekap menginterpretasi pergerakan anggota atau tubuh badan. Biasanya, mereka lebih cenderung melakukan aktiviti yang berkaitan dengan pergerakan badan seperti bersukan, menari, gimrama dan lain-lain.
Di samping itu, individu juga cekap memanipulasikan objek fizikal dan dapat mengimbangi antara pergerakan fizikal dan mental. Mereka berupaya menggunakan kemahiran fizikal untuk meluah idea, perasaan dan menyelesaikan masalah atau mencipta suatu produk baru. Mereka memiliki keupayaan kawalan pada gerakan, keseimbangan, ketangkasan dan keanggunan ketika bergerak. Orang yang cerdas dalam bidang kenestetik mengeksplorasi dunia mereka dengan otot-otot. Contoh aktiviti yang berkaitan dengan kecerdasan ini ialah tarian kreatif, drama, main peranan, aktiviti jasmani, latihan fizikal, permainan sukan dan seni pertahanan diri. Artis, pemain bola sepak, peninju, penari, pelakon, tentera, polis dan olahragawan adalah beberapa kerjaya yang biasanya dimiliki oleh orang dengan tingkat kecerdasan kinestetik yang tinggi.
Kecerdasan Logik-Matematik
Kecerdasan logik-matematik adalah kebolehan menggunakan nombor, menaakul, mengenal pasti pola abstrak, perkaitan, sebab dan akibat. Kebolehan yang dominan di bahagian kiri otak membolehkan seseorang menaakul secara deduktif dan induktif serta berfikir secara konseptual dan abstrak. Kecerdasan ini menggabungkan kemampuan matematik dan ilmiah yang dimiliki oleh seseorang. Oleh itu pelajar cenderung dalam kecerdasan ini dikatakan berupaya menyelesaikan masalah yang komplek berkaitan Matematik dengan mudah sahaja dan boleh membuat perkaitan, menyoal, menganalisis, mensintesis, mengira dan menggunakan komputer dengan cekap.
Seseorang yang mempunyai kecerdasan logic-matematik yang tinggi memperlihatkan minat yang besar terhadap kegiatan berbentuk eksplorasi. Mereka sering bertanya tentang berbagai-bagai fenomena yang dilihat yang berlaku disekeliling mereka, Lazimnya, mereka suka menuntut penjelasan logik dari setiap pertayaan. Selain itu, mereka juga suka mengklasifikasikan benda untuk mudah mengira. Contoh-contoh aktiviti jenis kecerdasan ini adalah menggunakan simbol, rumus, urutan nombor, pola abstrak, perkaitan, sebab dan akibat (logic), penyelesaian masalah, pengurusan grafik dan pengiraan. Orang yang mempunyai kecerdasan ini biasanya Berjaya dalam kerjaya yang berkaitan dengan Matematik dan Sains.
Konsep muzik, kinestetik, dan kecerdasan logik-matematik menunjukkan kemampuan kita untuk menghasilkan dan menghargai irama, pin dan temborin sementara menghargai berbagai bentuk ekspresi muzik dan kemampuan kita untuk menggunakan badan dan objek dengan cekap. Manurut Gardner, kecerdasan merupakan kemampuan yang dimiliki oleh seseorang untuk melihat sesuatu masalah dan seterusnya berupaya menyelesaikan masalah tersebut atau membuat sesuatu yang berguna kepada orang lain. Menurut Gardner, cabaran pendidik adalah untuk mengenali kecerdasan yang berasingan dan memeliharanya sebagai kecerdasan universal untuk memenuhi fungsi penting dalam perkembangan kognitif kanak-kanak, social dan perkembangan fizikal
Ciri-ciri sesebuah lagu kanak-kanak
1. Senikata lagu haruslah mudah difahami dan banyak pengulangan
2. Setiap rangkai lagu haruslah mengandungi bilangan suku kata yang seimbang.
3. Hujung rangkai mengandungi rima.
4. Mestilah mempunyai pengulangan pada melodi lagu.
5. Pengulangan corak irama dalam lirik lagu.
6. Senikata haruslah sesuai untuk dilakukan gerakan.
7. Rentak dan irama muzik iringan tidaklah terlalu berat.
8. Tema lagu mestilah berkaitan pengalaman dan persekitaran harian kanak-kanak.





Kaedah Bercerita


Kaedah Bercerita
Posted on March 23, 2011 by admin
KAEDAH BERCERITA
DEFINISI
§  Menurut Kamus Dewan (edisi ketiga), teknik adalah kaedah mencipta sesuatu hasil seni seperti muzik, karang-mengarang dan sebagainya.
§  Menurut Edward M. Anthony mendefinisikan teknik adalah satu muslihat atau strategi atau taktik yang digunakan oleh guru yang mencapai hasl segera yang maksimum pada waktu mengajar sesuatu bahagian bahasa tertentu.
§  Mengikut Kamaruddin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz dalam bukunya Pengajian Melayu III : Komunikasi Bahasa, teknik boleh didefinisikan sebagai pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjah di mana ia digunakan untuk mencapai sesuatu objektif.
§  Teknik merupakan suatu alat yang digunakan oleh guru bahasa bagi menyampaikan bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih untuk pelajar-pelajarnya. Teknik yang dipilih haruslah sejajar dengan kaedah yang digunakan dan seirama dengan pendekatan yang dianuti.
                                                                                      
TUJUAN TEKNIK
1.    Menarik Minat murid
2.    Mengekalkan perhatian
3.    Membangkitkan ras ingin tahu

TEKNIK BERCERITA
§  Merupakan salah satu pendekatan yang sesuai digunakan untuk membina kecekapan berbahasa kerana cerita merupakan sesuatu yang dapat menarik minat dan perhatian pelajar.
§  Latihan pemahaman, perluasan perbendaharaan kata dan tatabahasa dapat disampaikan.
§  Dapat meningkatkan penguasaan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis dikalangan pelajar.
§  Perkembangan cerita hendaklah diberi perhatian agar ada peringkat permulaan, kemuncak dan kesudahan cerita. Perhatian perlu diberi kepada teknik persembahan, suara, gerak laku dan kawalan mata.
§  Suara memainkan peranan yang penting dimana ia harus dikawal supaya jangan mendatar dan tidak menimbulkan kebosanan.
§  Langkah-langkah dalam persediaan teknik bercerita ialah :
§  Pilih cerita yang sesuai dengan umur, kecerdasan dan minat murid-murid. Kemudian, sesuaikan pula dengan isi pelajaran yang hendak disampaikan.
§  Kaji cerita itu dan cuba masukkan aspek-aspek bahasa.
§  Hafazkan frasa atau ayat-ayat penting.
§  Latih bercerita seolah-olah guru berada dihadapan murid-murid sekurang-kurangnya sekali sebelum menggunakan teknik ini.
§  Guru bercerita dalam keadaan yang selesa.
§  Guru boleh menggunakan gambar, objek-objek sebenar atau lain-lain BBM.
§  Sediakan kad-kad perkataan, frasa-frasa atau ayat-ayat yang berkaitan dengan aspek-aspek bahasa yang hendak disampaikan.
§  Bercerita merupakan suatu seni yang menggunakan bahasa, pergerakan dan mimik muka untuk melontarkan idea dan merangsang daya imaginasi audiens. Bercerita juga boleh dianggap sebagai seni sastera dan seni teater yang dapat memberikan nyawa kepada perkataan bertulis dalam sesebuah buku (E.Greene : 1976).
§  Anne Pellowski (1990) menjelaskan bahawa bercerita ialah keseluruhan pengalaman sejenak daripada penceritaan lisan dalam bentuk berirama atau prosa yang dipersembahkan atau dipimpin oleh seseorang di hadapan khalayak. Penceritaannya boleh disampaikan secara lisan atau dilagukan dengan iringan muzik, menggunakan gambar, sumber-sumber bercetak atau direkodkan secara mekanikal.
§   Asal usul kegiatan bercerita tidak dapat dikesan kerana tidak ada dokumentasi yang formal. Namun demikian, cerita pertama yang pernah dikesan adalah di Mesir, iaitu cerita yang ditulis Papyrus 5500 tahun yang lampau dengan ungkapan “ Hari ini saya bercerita kepada anak  lelaki saya…”. Di Eropah pula lakaran idea ditemukan di atas daun nipah, dan cerita dikisahkan untuk mengembangkan agama. Di Greek pula, penulisan puisi dengan menggunakan muzik dikesan pada kulit belulang, manakala di India, cerita disampaikan dengan menggunakan kain yang mempunyai plot cerita Mahabarata dan Ramayana. Dalam suasana gelap, pencerita berdiri di hadapan kain yang dilakarkan dengan cerita dan dia bercerita berpandukan siri gambar dengan menggunakan lilin. Di Rantau Pasifik dan Afrika pula, cerita disampaikan dengan menggunakan tali dan di Australia pula, cerita menggunakan pasir.
§  Dalam tradisi lisan masyarakat Melayu, bercerita sering disampaikan dalam bentuk bersahaja secara berlagu atau dengan bahasa berirama serta diiringi dengan permainan alat muzik seperti rebab, serunai atau gendang (ada kalanya menggunakan batil atau belanga). Pencerita atau penglipur lara dalam seni bercerita Melayu silam dipanggil mengikut tajuk cerita yang disampaikan seperti Selampit atau Tok Selampit (selalunya bercerita menggunakan rebab). Ada juga digelar Awang Batil (bercerita menggunakan batil) atau Awang Belanga (bercerita menggunakan belanga). Ada kalanya pencerita digelar berdasarkan watak dalam cerita seperti Tok Jebang atau digelar tukang cerita sahaja. Satu lagi bentuk penceritaan dalam masyarakat Melayu tradisi ialah Wayang Kulit dan penceritanya dipanggil Tok Dalang (yang bercerita menggunakan patung wayang kulit).
§  Sebagai suatu seni, bercerita merupakan satu cabang seni yang tertua dan telah berkembang secara lisan serta diwarisi dari satu generasi ke satu generasi.
§  Bercerita juga telah menjadi satu cara yang berkesan untuk berkomunikasai sambil berhibur. Selain itu, bercerita juga menjadi alat untuk memberikan:
§  pengajaran
§  pengetahuan
§  perkongsian pengalaman.
§  Sebagai kaedah pengajaran dalam bilik darjah, bercerita menepati kehendak objektif pengajaran dan pembelajaran, iaitu dapat:
§  meningkatkan kemahiran dan kecekapan berbahasa khususnya lisan, bacaan, penulisan dan kosa kata
§  memahami dan menghayati cerita
§  meningkatkan kemahiran mendengar
§  mencerna minda dan daya imaginasi serta menggalakkan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif
§  menambah pengalaman dan pengetahuan
§  menanam sikap cinta akan warisan budaya
§  menerapkan unsur nilai murni
§  memupuk rasa peka dan prihatin terhadap masyarakat sekeliling
§  mencungkil dan mengasuh bakat
§  membentuk insan yang harmoni dan seimbang
§  menggalakkan sumber rekreasi dan pembelajaran sepanjang hayat.

3.10  KAEDAH BERCERITA
Definisi
Cerita adalah satu susunan kejasian atau peristiwa yang berlaku sama ada benar-benar berlaku atau diciptakan
Bercerita dianggap sebagai satu cabang seni dan ia memainkan peranan penting sebagai sumber hiburan rakyat di samping alat pendidikan moral dan nilai di kalangan masyarakat

Ciri-ciri Penting

1.    Mencernakan daya kreatif dan imaginasi pelajar
2.    Melatih pelajar dengan pelbagai kemahiran dan kecekapan bahasa terutamanya kemahiran lisan (mendengar dan bertutur)
3.    Menggalakkan pelajar berkomunikasi dengan berkesan dari segi sebutan, nada, intonasi dan ekspresi/mimik muka
4.    Memperluaskan pengalaman dan pengetahuan pelajar dalam pelbagai bidang yang berkaitan dengan kehidupan seharian
5.    Menggalakan pelajar mendengar cerita secara kritis supaya lebih berfikiran matang dan berketrampilan
Kemahiran bercerita

1. Prinsip-prinsip Panduan Penguasaan Kemahiran Bercerita
§  memilih cerita yang sesuai
§  menghafal isi-isi penting
§  sediakan alat bantu mengajar
§  kesediaan pelajar
§  murid boleh melihat dengan jelas wajah dan ekspresi guru
§  mulakan cerita dengan suara yang menarik dan penuh emosi
§  pandangan terus ke muka murid secara bergilir-gilir
§  pastikan suara jelas dan lantang
§  kad-kad perkataan dan gambar harus digunakan untuk membantu murid memahami isi cerita dengan lebih jelas
§  mengemukakan soalan semasa sesi bercerita kepada murid
§  ayat dan perkataan mudah difahami murid
§  disampaikan dengan gerak-geri secara semulajadi
§  aktiviti susulan
2. Perancangan dan Pengurusan Sesi Bercerita
§  Guru bermula dengan memilih sebuah cerita yang sesuai
§  Tema cerita harus mengandungi nilai moral yang murni
§  Cerita hendaklah menarik dan perkataan yang digunakan hendaklah sesuai dengan pengalaman murid
§  Panjang atau pendek cerita hendaklah bergantung kepada masa yang diperuntukkan
§  Guru hendaklah menghafaz dan bercerita secara sendiri sekurang-kurangnya sekali
§  Menyediakan alat bantu mengajar seperti kad perkataan, kad gambar atau topeng-topeng
§  Soalan hendaklah disediakan untuk menguji kefahaman murid
§  Menyusun tempat duduk murid supaya memastikan semua murid dapat mendengar dan melihat ekspresi guru
§  Tempat bercerita hendaklah dihiaskan dengan alat-alatan seperti gambar-gambar yang sesuai dengan isi cerita
3. Sesi Bercerita
§  Dimulakan dengan suatu set induksi yang menarik
§  Menggunakan suara, gaya dan alat bantu mengajar yang menarik perhatian dan membantu murid-murid memahami cerita
§  Pastikan setiap murid telah mengambil perhatian secara sepenuhnya
§  Gunakan soalan bimbing murid mengikuti perkembangan cerita
4. Penutup
§  Menbantu murid-murid mengukuhkan nilai-nilai murni yang diterapkan dalam isi cerita itu
5. Aktiviti penutup
§  Menyoal murid tentang isi cerita yang disampaikan.
§  Menyuruh murid-murid mengulung isi cerita dengan menggunakan perkataan sendiri.
§  Berbincang dengan murid tentang tema dan nilai murni yang terkandung dalam isi cerita.
§  Membimbing murid-murid berlakon berdasarkan isi cerita yang disampaikan.
§  Menyuruh murid-murid menulis karangan berdasarkan isi cerita yang telan didengar
Kemahiran Lisan:
§  Bahasa – mudah ke abstrak, kosa kata baru/ungkapan diulang-ulang
§  Suara – jelas, lantang, bervariasi (suara kanak-kanak, orang dewasa, orang tua,haiwan)
§  Sebutan – jelas, tepat, kelajuan sesuai
§  Nada dan intonasi – sesuai dengan watak dan situasi
Kemahiran bukan lisan
§  Mimik muka – sesuai dengan emosi
§  Hubungan mata – untuk menarik perhatian dan mengekalkan tumpuan
§  Bahasa Badan – gerak anggota untuk menjelaskan cerita dan tidak keterlaluan
§  Peka dengan reaksi pendengar dan gangguan
KRITERIA PEMILIHAN CERITA
1.    Mempunyai mesej, pengajaran & nilai-nilai murni
2.    Tema yang mudah, menarik & sesuai dgn minat kanak-kanak
3.    Plot yang mudah, kronology & ‘happy ending’
4.    Bahasa yang mudah, pengulangan kata & ayat mudah / pendek
5.    Kosa kata baru dapat ditambah / dikembangkan
6.    Melibatkan watak kanak-kanak
7.    Menonjolkan watak yang boleh dicontohi
8.    Dapat meransangkan minda untuk idea kreatif (KBKK)
9.    Mudah dihafaz dan disampaikan dalam jangka masa pendek
10. Bersifat universal

TEKNIK BERCERITA
Sesuai dengan:
§  Kebolehan kanak-kanak
§  Masa (tidak terlalu panjang)
§  Ruang dan tempat
§  Suasana
§  Persekitaran (tiada gangguan bising)
§  Peralatan cerita
§  Bentuk dan jenis cerita
§  Kemampuan pencerita

PERSEKITARAN BERCERITA
§  Dalam bilik prasekolah di Sudut Bercerita
§  Luar bilik darjah: di bawah pokok, di taman, di Pondok Prasekolah/Cerita

CONTOH TEKNIK BERCERITA
1.    Bercerita tanpa alat
2.    Bercerita berpandu
3.    Bercerita berdasarkan gambar bersiri
4.    Bercerita menggunakan bahan maujud
5.    Teka-teki
6.    Teater bercerita
7.    Boneka

CADANGAN PERALATAN BERCERITA
1.    Buku besar
2.    Beg bercerita
3.    Gambar bersiri
4.    Boneka
5.    Kad Cantuman
6.    Kostum
7.    Poster
8.    Topeng
9.    Alat muzik/audio/vcd dll.
Prosedur Menyediakan Peralatan Bercerita
1.    Sesuai dengan cerita dan objektif P&P
2.    Dibina daripada bahan yang mudah, murah, tahan lama
3.    Warna yang terang, menarik & merangsang indera
4.    Melibatkan pelbagai deria
5.    Tidak membahayakan kanak-kanak
6.    Penggunaan bahan maujud dan sumber alam
7.    Boleh dipelbagaikan kegunaan
8.    Mudah digunakan dan disimpan
Aktiviti Bercerita

Kemahiran Lisan:
§  Bahasa – mudah ke abstrak, kosa kata baru/ungkapan diulang-ulang
§  Suara – jelas, lantang, bervariasi (suara kanak-kanak, orang dewasa, orang tua,haiwan)
§  Sebutan – jelas, tepat, kelajuan sesuai
§  Nada dan intonasi – sesuai dengan watak dan situasi
Kemahiran bukan lisan
§  Mimik muka – sesuai dengan emosi
§  Hubungan mata – untuk menarik perhatian dan mengekalkan tumpuan
§  Bahasa Badan – gerak anggota untuk menjelaskan cerita dan tidak keterlaluan
§  Peka dengan reaksi pendengar dan gangguan

Perancangan dan Pengurusan Sesi Bercerita
§  Guru bermula dengan memilih sebuah cerita yang sesuai
§  Tema cerita harus mengandungi nilai moral yang murni
§  Cerita hendaklah menarik dan perkataan yang digunakan hendaklah sesuai dengan pengalaman murid
§  Panjang atau pendek cerita hendaklah bergantung kepada masa yang diperuntukkan
§  Guru hendaklah menghafaz dan bercerita secara sendiri sekurang-kurangnya sekali
§  Menyediakan alat bantu mengajar seperti kad perkataan, kad gambar atau topeng-topeng
§  Soalan hendaklah disediakan untuk menguji kefahaman murid
§  Menyusun tempat duduk murid supaya memastikan semua murid dapat mendengar dan melihat ekspresi guru
§  Tempat bercerita hendaklah dihiaskan dengan alat-alatan seperti gambar-gambar yang sesuai dengan isi cerita
Sesi Bercerita
§  Dimulakan dengan suatu set induksi yang menarik
§  Menggunakan suara, gaya dan alat bantu mengajar yang menarik perhatian dan membantu murid-murid memahami cerita
§  Pastikan setiap murid telah mengambil perhatian secara sepenuhnya
§  Gunakan soalan bimbing murid mengikuti perkembangan cerita
Penutup
§  Menbantu murid-murid mengukuhkan nilai-nilai murni yang diterapkan dalam isi cerita itu
Aktiviti penutup
§  Menyoal murid tentang isi cerita yang disampaikan.
§  Menyuruh murid-murid mengulung isi cerita dengan menggunakan perkataan sendiri.
§  Berbincang dengan murid tentang tema dan nilai murni yang terkandung dalam isi cerita.
§  Membimbing murid-murid berlakon berdasarkan isi cerita yang disampaikan.
§  Menyuruh murid-murid menulis karangan berdasarkan isi cerita yang telan didengar

Ruang dan tempat  (PERSEKITARAN BERCERITA)
§  Dalam bilik prasekolah di Sudut Bercerita
§  Luar bilik darjah: di bawah pokok, di taman, di Pondok Prasekolah/Cerita
Masa (tidak terlalu panjang)
Persekitaran (tiada gangguan bising)
This entry was posted in Kaedah P&P. Bookmark the permalink.
Leave a Reply