Kaedah Bercerita
KAEDAH
BERCERITA
DEFINISI
§ Menurut
Kamus Dewan (edisi ketiga), teknik adalah kaedah mencipta sesuatu hasil seni
seperti muzik, karang-mengarang dan sebagainya.
§ Menurut
Edward M. Anthony mendefinisikan teknik adalah satu muslihat atau strategi atau
taktik yang digunakan oleh guru yang mencapai hasl segera yang maksimum pada
waktu mengajar sesuatu bahagian bahasa tertentu.
§ Mengikut
Kamaruddin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz dalam bukunya Pengajian
Melayu III : Komunikasi Bahasa, teknik boleh didefinisikan sebagai pengendalian
suatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjah di mana ia
digunakan untuk mencapai sesuatu objektif.
§ Teknik
merupakan suatu alat yang digunakan oleh guru bahasa bagi menyampaikan
bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih untuk pelajar-pelajarnya. Teknik yang
dipilih haruslah sejajar dengan kaedah yang digunakan dan seirama dengan
pendekatan yang dianuti.
TUJUAN TEKNIK
1. Menarik
Minat murid
2. Mengekalkan
perhatian
3. Membangkitkan
ras ingin tahu
TEKNIK BERCERITA
§ Merupakan
salah satu pendekatan yang sesuai digunakan untuk membina kecekapan berbahasa
kerana cerita merupakan sesuatu yang dapat menarik minat dan perhatian pelajar.
§ Latihan
pemahaman, perluasan perbendaharaan kata dan tatabahasa dapat disampaikan.
§ Dapat
meningkatkan penguasaan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis
dikalangan pelajar.
§ Perkembangan
cerita hendaklah diberi perhatian agar ada peringkat permulaan, kemuncak dan
kesudahan cerita. Perhatian perlu diberi kepada teknik persembahan, suara,
gerak laku dan kawalan mata.
§ Suara
memainkan peranan yang penting dimana ia harus dikawal supaya jangan mendatar
dan tidak menimbulkan kebosanan.
§ Langkah-langkah
dalam persediaan teknik bercerita ialah :
§ Pilih
cerita yang sesuai dengan umur, kecerdasan dan minat murid-murid. Kemudian,
sesuaikan pula dengan isi pelajaran yang hendak disampaikan.
§ Kaji
cerita itu dan cuba masukkan aspek-aspek bahasa.
§ Hafazkan
frasa atau ayat-ayat penting.
§ Latih
bercerita seolah-olah guru berada dihadapan murid-murid sekurang-kurangnya
sekali sebelum menggunakan teknik ini.
§ Guru bercerita
dalam keadaan yang selesa.
§ Guru
boleh menggunakan gambar, objek-objek sebenar atau lain-lain BBM.
§ Sediakan
kad-kad perkataan, frasa-frasa atau ayat-ayat yang berkaitan dengan aspek-aspek
bahasa yang hendak disampaikan.
§ Bercerita
merupakan suatu seni yang menggunakan bahasa, pergerakan dan mimik muka untuk
melontarkan idea dan merangsang daya imaginasi audiens. Bercerita juga boleh
dianggap sebagai seni sastera dan seni teater yang dapat memberikan nyawa
kepada perkataan bertulis dalam sesebuah buku (E.Greene : 1976).
§ Anne
Pellowski (1990) menjelaskan bahawa bercerita ialah keseluruhan pengalaman
sejenak daripada penceritaan lisan dalam bentuk berirama atau prosa yang
dipersembahkan atau dipimpin oleh seseorang di hadapan khalayak. Penceritaannya
boleh disampaikan secara lisan atau dilagukan dengan iringan muzik, menggunakan
gambar, sumber-sumber bercetak atau direkodkan secara mekanikal.
§ Asal
usul kegiatan bercerita tidak dapat dikesan kerana tidak ada dokumentasi yang
formal. Namun demikian, cerita pertama yang pernah dikesan adalah di Mesir,
iaitu cerita yang ditulis Papyrus 5500 tahun yang lampau dengan ungkapan “ Hari
ini saya bercerita kepada anak lelaki saya…”. Di Eropah pula lakaran idea
ditemukan di atas daun nipah, dan cerita dikisahkan untuk mengembangkan agama.
Di Greek pula, penulisan puisi dengan menggunakan muzik dikesan pada kulit
belulang, manakala di India, cerita disampaikan dengan menggunakan kain yang
mempunyai plot cerita Mahabarata dan Ramayana. Dalam suasana gelap, pencerita
berdiri di hadapan kain yang dilakarkan dengan cerita dan dia bercerita
berpandukan siri gambar dengan menggunakan lilin. Di Rantau Pasifik dan Afrika
pula, cerita disampaikan dengan menggunakan tali dan di Australia pula, cerita
menggunakan pasir.
§ Dalam
tradisi lisan masyarakat Melayu, bercerita sering disampaikan dalam bentuk
bersahaja secara berlagu atau dengan bahasa berirama serta diiringi dengan
permainan alat muzik seperti rebab, serunai atau gendang (ada kalanya
menggunakan batil atau belanga). Pencerita atau penglipur lara dalam seni
bercerita Melayu silam dipanggil mengikut tajuk cerita yang disampaikan seperti
Selampit atau Tok Selampit (selalunya bercerita menggunakan rebab). Ada juga
digelar Awang Batil (bercerita menggunakan batil) atau Awang Belanga (bercerita
menggunakan belanga). Ada kalanya pencerita digelar berdasarkan watak dalam
cerita seperti Tok Jebang atau digelar tukang cerita sahaja. Satu lagi bentuk
penceritaan dalam masyarakat Melayu tradisi ialah Wayang Kulit dan penceritanya
dipanggil Tok Dalang (yang bercerita menggunakan patung wayang kulit).
§ Sebagai
suatu seni, bercerita merupakan satu cabang seni yang tertua dan telah
berkembang secara lisan serta diwarisi dari satu generasi ke satu generasi.
§ Bercerita
juga telah menjadi satu cara yang berkesan untuk berkomunikasai sambil
berhibur. Selain itu, bercerita juga menjadi alat untuk memberikan:
§ pengajaran
§ pengetahuan
§ perkongsian
pengalaman.
§ Sebagai
kaedah pengajaran dalam bilik darjah, bercerita menepati kehendak objektif
pengajaran dan pembelajaran, iaitu dapat:
§ meningkatkan
kemahiran dan kecekapan berbahasa khususnya lisan, bacaan, penulisan dan kosa
kata
§ memahami
dan menghayati cerita
§ meningkatkan
kemahiran mendengar
§ mencerna
minda dan daya imaginasi serta menggalakkan kemahiran berfikir secara kritis
dan kreatif
§ menambah
pengalaman dan pengetahuan
§ menanam
sikap cinta akan warisan budaya
§ menerapkan
unsur nilai murni
§ memupuk
rasa peka dan prihatin terhadap masyarakat sekeliling
§ mencungkil
dan mengasuh bakat
§ membentuk
insan yang harmoni dan seimbang
§ menggalakkan
sumber rekreasi dan pembelajaran sepanjang hayat.
3.10
KAEDAH BERCERITA
Definisi
Cerita adalah satu susunan kejasian atau peristiwa yang berlaku
sama ada benar-benar berlaku atau diciptakan
Bercerita dianggap sebagai satu cabang seni dan ia memainkan
peranan penting sebagai sumber hiburan rakyat di samping alat pendidikan moral
dan nilai di kalangan masyarakat
Ciri-ciri
Penting
1. Mencernakan daya kreatif dan imaginasi
pelajar
2. Melatih pelajar dengan pelbagai kemahiran dan
kecekapan bahasa terutamanya kemahiran lisan (mendengar dan bertutur)
3. Menggalakkan pelajar berkomunikasi dengan
berkesan dari segi sebutan, nada, intonasi dan ekspresi/mimik muka
4. Memperluaskan pengalaman dan pengetahuan
pelajar dalam pelbagai bidang yang berkaitan dengan kehidupan seharian
5.
Menggalakan pelajar mendengar cerita secara kritis supaya lebih berfikiran
matang dan berketrampilan
Kemahiran bercerita
1. Prinsip-prinsip Panduan Penguasaan Kemahiran Bercerita
§ memilih
cerita yang sesuai
§ menghafal
isi-isi penting
§ sediakan
alat bantu mengajar
§ kesediaan
pelajar
§ murid
boleh melihat dengan jelas wajah dan ekspresi guru
§ mulakan
cerita dengan suara yang menarik dan penuh emosi
§ pandangan
terus ke muka murid secara bergilir-gilir
§ pastikan
suara jelas dan lantang
§ kad-kad
perkataan dan gambar harus digunakan untuk membantu murid memahami isi cerita
dengan lebih jelas
§ mengemukakan
soalan semasa sesi bercerita kepada murid
§ ayat dan
perkataan mudah difahami murid
§ disampaikan
dengan gerak-geri secara semulajadi
§ aktiviti
susulan
2. Perancangan dan Pengurusan Sesi Bercerita
§ Guru
bermula dengan memilih sebuah cerita yang sesuai
§ Tema
cerita harus mengandungi nilai moral yang murni
§ Cerita
hendaklah menarik dan perkataan yang digunakan hendaklah sesuai dengan
pengalaman murid
§ Panjang
atau pendek cerita hendaklah bergantung kepada masa yang diperuntukkan
§ Guru
hendaklah menghafaz dan bercerita secara sendiri sekurang-kurangnya sekali
§ Menyediakan
alat bantu mengajar seperti kad perkataan, kad gambar atau topeng-topeng
§ Soalan
hendaklah disediakan untuk menguji kefahaman murid
§ Menyusun
tempat duduk murid supaya memastikan semua murid dapat mendengar dan melihat
ekspresi guru
§ Tempat
bercerita hendaklah dihiaskan dengan alat-alatan seperti gambar-gambar yang
sesuai dengan isi cerita
3. Sesi Bercerita
§ Dimulakan
dengan suatu set induksi yang menarik
§ Menggunakan
suara, gaya dan alat bantu mengajar yang menarik perhatian dan membantu
murid-murid memahami cerita
§ Pastikan
setiap murid telah mengambil perhatian secara sepenuhnya
§ Gunakan
soalan bimbing murid mengikuti perkembangan cerita
4. Penutup
§ Menbantu
murid-murid mengukuhkan nilai-nilai murni yang diterapkan dalam isi cerita itu
5. Aktiviti penutup
§ Menyoal
murid tentang isi cerita yang disampaikan.
§ Menyuruh
murid-murid mengulung isi cerita dengan menggunakan perkataan sendiri.
§ Berbincang
dengan murid tentang tema dan nilai murni yang terkandung dalam isi cerita.
§ Membimbing
murid-murid berlakon berdasarkan isi cerita yang disampaikan.
§ Menyuruh
murid-murid menulis karangan berdasarkan isi cerita yang telan didengar
Kemahiran Lisan:
§ Bahasa –
mudah ke abstrak, kosa kata baru/ungkapan diulang-ulang
§ Suara –
jelas, lantang, bervariasi (suara kanak-kanak, orang dewasa, orang tua,haiwan)
§ Sebutan –
jelas, tepat, kelajuan sesuai
§ Nada dan
intonasi – sesuai dengan watak dan situasi
Kemahiran bukan lisan
§ Mimik
muka – sesuai dengan emosi
§ Hubungan
mata – untuk menarik perhatian dan mengekalkan tumpuan
§ Bahasa
Badan – gerak anggota untuk menjelaskan cerita dan tidak keterlaluan
§ Peka
dengan reaksi pendengar dan gangguan
KRITERIA PEMILIHAN CERITA
1. Mempunyai
mesej, pengajaran & nilai-nilai murni
2. Tema yang
mudah, menarik & sesuai dgn minat kanak-kanak
3. Plot yang
mudah, kronology & ‘happy ending’
4. Bahasa
yang mudah, pengulangan kata & ayat mudah / pendek
5. Kosa kata
baru dapat ditambah / dikembangkan
6. Melibatkan
watak kanak-kanak
7. Menonjolkan
watak yang boleh dicontohi
8. Dapat
meransangkan minda untuk idea kreatif (KBKK)
9. Mudah
dihafaz dan disampaikan dalam jangka masa pendek
10. Bersifat
universal
TEKNIK BERCERITA
Sesuai dengan:
§ Kebolehan
kanak-kanak
§ Masa
(tidak terlalu panjang)
§ Ruang dan
tempat
§ Suasana
§ Persekitaran
(tiada gangguan bising)
§ Peralatan
cerita
§ Bentuk
dan jenis cerita
§ Kemampuan
pencerita
PERSEKITARAN BERCERITA
§ Dalam
bilik prasekolah di Sudut Bercerita
§ Luar
bilik darjah: di bawah pokok, di taman, di Pondok Prasekolah/Cerita
CONTOH TEKNIK BERCERITA
1. Bercerita
tanpa alat
2. Bercerita
berpandu
3. Bercerita
berdasarkan gambar bersiri
4. Bercerita
menggunakan bahan maujud
5. Teka-teki
6. Teater
bercerita
7. Boneka
CADANGAN PERALATAN
BERCERITA
1. Buku
besar
2. Beg
bercerita
3. Gambar
bersiri
4. Boneka
5. Kad Cantuman
6. Kostum
7. Poster
8. Topeng
9. Alat
muzik/audio/vcd dll.
Prosedur Menyediakan
Peralatan Bercerita
1. Sesuai
dengan cerita dan objektif P&P
2. Dibina
daripada bahan yang mudah, murah, tahan lama
3. Warna
yang terang, menarik & merangsang indera
4. Melibatkan
pelbagai deria
5. Tidak
membahayakan kanak-kanak
6. Penggunaan
bahan maujud dan sumber alam
7. Boleh
dipelbagaikan kegunaan
8. Mudah
digunakan dan disimpan
Aktiviti
Bercerita
Kemahiran Lisan:
§ Bahasa –
mudah ke abstrak, kosa kata baru/ungkapan diulang-ulang
§ Suara –
jelas, lantang, bervariasi (suara kanak-kanak, orang dewasa, orang tua,haiwan)
§ Sebutan –
jelas, tepat, kelajuan sesuai
§ Nada dan
intonasi – sesuai dengan watak dan situasi
Kemahiran bukan lisan
§ Mimik
muka – sesuai dengan emosi
§ Hubungan
mata – untuk menarik perhatian dan mengekalkan tumpuan
§ Bahasa
Badan – gerak anggota untuk menjelaskan cerita dan tidak keterlaluan
§ Peka
dengan reaksi pendengar dan gangguan
Perancangan dan Pengurusan Sesi Bercerita
§ Guru
bermula dengan memilih sebuah cerita yang sesuai
§ Tema
cerita harus mengandungi nilai moral yang murni
§ Cerita
hendaklah menarik dan perkataan yang digunakan hendaklah sesuai dengan
pengalaman murid
§ Panjang
atau pendek cerita hendaklah bergantung kepada masa yang diperuntukkan
§ Guru
hendaklah menghafaz dan bercerita secara sendiri sekurang-kurangnya sekali
§ Menyediakan
alat bantu mengajar seperti kad perkataan, kad gambar atau topeng-topeng
§ Soalan
hendaklah disediakan untuk menguji kefahaman murid
§ Menyusun
tempat duduk murid supaya memastikan semua murid dapat mendengar dan melihat
ekspresi guru
§ Tempat
bercerita hendaklah dihiaskan dengan alat-alatan seperti gambar-gambar yang
sesuai dengan isi cerita
Sesi Bercerita
§ Dimulakan
dengan suatu set induksi yang menarik
§ Menggunakan
suara, gaya dan alat bantu mengajar yang menarik perhatian dan membantu
murid-murid memahami cerita
§ Pastikan
setiap murid telah mengambil perhatian secara sepenuhnya
§ Gunakan
soalan bimbing murid mengikuti perkembangan cerita
Penutup
§ Menbantu
murid-murid mengukuhkan nilai-nilai murni yang diterapkan dalam isi cerita itu
Aktiviti penutup
§ Menyoal
murid tentang isi cerita yang disampaikan.
§ Menyuruh
murid-murid mengulung isi cerita dengan menggunakan perkataan sendiri.
§ Berbincang
dengan murid tentang tema dan nilai murni yang terkandung dalam isi cerita.
§ Membimbing
murid-murid berlakon berdasarkan isi cerita yang disampaikan.
§ Menyuruh
murid-murid menulis karangan berdasarkan isi cerita yang telan didengar
Ruang dan tempat (PERSEKITARAN BERCERITA)
§ Dalam
bilik prasekolah di Sudut Bercerita
§ Luar
bilik darjah: di bawah pokok, di taman, di Pondok Prasekolah/Cerita
Masa (tidak terlalu panjang)
Persekitaran (tiada gangguan bising)
Leave a Reply
terima kasih, sangat membantu =)
ReplyDeleteapakah maksud bercerita berpandu? di bawah contoh teknik bercerita
ReplyDelete