Muzik
Dalam Bilik Darjah
DEFINISI PERGERAKAN
Definisi pergerakan adalah sebarang bentuk gerak (movement) yang dilakukan oleh seseoramg itu akan menyebabkan dia berubah kedudukan atau kekal di tempat tersebut. Pergerakan lokomotor ialah pergerakan yang menyebabkan keseluruhan tubuh badan berubah kedudukan seperti berjalan dan berlari disebut bergerak dan beredar.
DEFINISI MUZIK
KEPENTINGAN PERGERAKAN
Kecerdasan Muzik
Aktiviti Apresiasi Muzik (Muzik
masyarakat Malaysia) :
i. Mendengar
muzik Malaysia dan mengenal pastikan konsep muzik seperti warna ton, tekstur,
irama dan dinamik
ii. Menonton
video persembahan muzik Malaysia dan menghuraikan ciri-ciri teknik persembahan.
iii. Menginterpretasikan
muzik Malaysia yang didengari dengan gerakan yang sesuai untuk menyampaikan
konsep muzik berkenaan
iv. Menginterpretasikan
muzik Malaysia yang didengari dalam bentuk grafik
v. Melukis
dan melakar secara ikonik terhadap muzik Malaysia yang diperdengarkan
Aktiviti
Apresiasi Muzik ( instrumental )
i. Mendengar
muzik instrumental dan mengenal pastikan konsep muzik seperti warna ton,
tekstur, irama dan dinamik
ii. Menonton
video persembahan muzik instrumental dan mengklasifikasikan warna ton alat-alat
muzik
iii. Menginterpretasikan
muzik instrumental yang didengari dengan gerakan yang sesuai untuk menyampaikan
konsep muzik berkenaan
iv. Menginterpretasikan
muzik instrumental yang didengari dalam bentuk grafik
v. Melukis
dan melakar secara ikonik terhadap muzik instrumental yang diperdengarkan
Muzik Dalam Bilik Darjah merangkumi:
1. Pergerakan lokomotor & bukan lokomotor
2. Pergerakan Kreatif
3.
Teknik
pernafasan (latih vokal kanak-kanak)
4.
Renj suara, register
suara & koir
5.
Nyanyian Berharmoni (dron, bordun
& ostinato)
6.
Fungsi & konsep muzik dalam lagu
7.
Teknik nyanyian
(kanak-kanak)
8.
Aktiviti
Muzikal (penghargaan Kanak-kanak)
9.
Apresiasi Seni
Muzik (umum)
10.Masalah nyanyian kanak-kanak.
DEFINISI PERGERAKAN
Definisi pergerakan adalah sebarang bentuk gerak (movement) yang dilakukan oleh seseoramg itu akan menyebabkan dia berubah kedudukan atau kekal di tempat tersebut. Pergerakan lokomotor ialah pergerakan yang menyebabkan keseluruhan tubuh badan berubah kedudukan seperti berjalan dan berlari disebut bergerak dan beredar.
Pergerakan
pergerakan tersebut boleh dikoordinasikan bagi manipulasi dengan alatan seperti
melambung, membaling, menggolek dan menampar alatan kecil atau besar. Pergerakan-pergerakan
ini dapat diaplikasikan sebagai rutin harian sama ada dalam tugas harian
ataupun dalam aktiviti sukan dan rekreasi.
Bagi
meningkatkan potensi kreativiti murid dalam melakukan pergerakan khasnya
menginterpretasi idea , perasaan serta tanggapan deria yang dilahirkan secara
simbolik , pendekatan pergerakan kreatif digunakan . Pengalaman pergerakan
kreatif dapat memperkembang kesedaran dan kefahaman konsep-konsep pergerakan.
DEFINISI MUZIK
Menurut
Campbell 1995, muzik adalah suatu kesenian yang tertumpu pada aspek pendengaran
atau aural. Oleh yang demikian, muzik boleh diperkenalkan kepada bayi dan
kanak-kanak pra sekolah dalam bentuk elemen muzik.
Prinsip Pengajaran dan Pembelajaran
Muzik
i. Mengajar bunyi-bunyian dahulu sebelum tanda-tanda
i. Mengajar bunyi-bunyian dahulu sebelum tanda-tanda
ii.Mendidik pelajar dengan
memberikan galakan kepada mereka supaya memerhati, mendengar, meniru, sereta
membezakan bunyi-bunyi yang didengarnya itu (kaedah penemuan
kendiri).
iii. Mengajar satu unsur muzik sahaja (melodi, harmoni, irama, ekspresi, bentuk, warna ton atau jalinan) pada satu ketika. (pembelajaran mengikut urutan).
iv. Prinsip-psinsip dan segala teori harus diberi hanya selepas amalan praktik dijalankan (pembelajaran heuristik).
v. Pelajar harus diberi peluang yang mencukupi untuk mengkaji muzik dan membnuat latihan-latihan (kaedah pendekatan berkonsep).
vi. Nama-nama not untuk nyanyian dan muzik instrumental harus diselaraskan.

Kaedah-kaedah Pengajaran dan
Pembelajaran Muzik
i. Edwin Gordon boleh dikatakan lebih diberi keutamaan kerana mengunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran secara berperingkat atau ‘sequential’.
i. Edwin Gordon boleh dikatakan lebih diberi keutamaan kerana mengunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran secara berperingkat atau ‘sequential’.
ii. Dalcroze menggunakan gerak geri
tubuh badan untuk menanam kefahaman dan menimbulkan kepekaan atau sensitivity
terhadap aspekaspek muzik
iii. Pendekatan Carl Orff memberi
penekanan kepada beranika jenis pengalaman muzikal.
a. Imitasi (Mengajuk Balik)
b. Eksplorasi (Fasa Cari Sendiri)
c. Improvisasi- Belajar dari asas ton . Skel pentatonik ialah skel yang mempunyai lima ton.
d. Creation (Mencipta)- penciptaan dengan menggunakan bahan asas dari fasa-fasa.
e. Literasi – menulis dan membaca nota muzik

iv. Suzuki-menamakan kaedahnya
talent education’ atau pendekatan bakat
v. Gordon mengutamakan prinsip ‘sound before symbol’ dimana keutamaan diberikan kepada pembelajaran permainan muzik tanpa notasi dahulu sebelum simbol-simbol muzik diperkenalkan.
Jalinan Monofoni: Apabila muzik itu hanya pada melodi sahaja iaitu tanpa ada alat iringan atau hanya mempunyai satu bunyi sahaja. Jalinan Homofoni: Apabila melodi diringi oleh alat muzikal yang berharmoni yang mempunyai kod. Jalinan Polifoni: Apabila satu atau dua melodi dibunyiikan berterusan dengan menggunakan alat iringan.
Tiga komponen besar dalam pendidikan muzik.
i. Kemahiran Muzikal Nyanyian
ii. Kemahiran Muzikal Muzik dengan gerakan
iii. Kemahiran muzikal Permainan alat muzik.
Bidang nyanyian memberi penumpuan dan penegasan kepada
aspek postur, pendengaran, sebutan, pernafasan da eknik pengeluaran suara.
Muzik dengan pegerakan memberi peluang kepada pelajar menggunakan tubuh badan sebagi respon kepada muzik.
Permainan alat muzik melatih pelajar dalam kordinasi mata, pendengaran dan psikomotor melalui penglibatan pelajar dalam kegiatan permainan alat muzik.

merupakan aktiviti yang memenuhi aktiviti kanak-kanak untuk penglibatan yang
aktif dalam situasi pembelajaran muzik . ia memberi peluang kepada kanak-kanak
untuk melibatkan diri sepenuhnya dan meluahkan perasaan mereka, imaginasi dan
menginterpretasi melalui muzik secara pergerakan fizikal yang bersifat
‘nonverbal’ .Oleh itu respon kepada muzik merupakan pelengkap kepada pelbagai
aktiviti pengajaran pembelajaran di bilik darjah kerana dalam dunia kanak-kanak
muzik dan gerakan tidak boleh dipisahkan kerana sifat semulajadi kanak-kanak
memang suka bergerak.
TEORI KECERDASAN PELBAGAI HOWARD
GARDNER
Kecerdasan Muzik
Kecerdasan
ini berkaitan dengan kemampuan untuk menggemari, mendiskriminasi dan meluahkan
perasaan melalui muzik. Hal ini kerana kecerdasan muzik yang terdapat dalam
diri seseorang individu membolehkannya mengesan bunyi tanpa lisan, muzik serta
irama yany terdapat dipersekitarannya. Seseorang yang mempunyai kelebihan ini
sangat sensitive kepada bunyi-bunyian atau suara yang wujud di dunia ini, baik
yang berasal daripada suara alat muzik ataupun yang timbul daripada gejala
alamiah seperti suara manusia, binatang mahupun guruh serta suara-suara yang
lainnya. Mereka berupaya menggunakan set asas atau elemen-elemen muzik serta
dapat bermain alat muzik serta dapat menghafal lirik muzik dengan baik. Selain
itu seseorang yang cenderung dalam keceerdasan ini boleh menggubah rentak dan
tempo muzik dan mudah mengenali dan mengingati nada-nada bunyi atau muzik.
Mereka
juga dapat mengubah kata-kata menjadi lagu dan boleh mencipta berbagai-bagai
alat dan permaianan muzik. Mereka pintar melantunkan nada lagu dengan baik,
pandai mengguanakan kosa kata muzikal dan peka terhadap ritma, ketukan, melodi
atau warna suara dalam sebuah komposisi muzik. Semua orang mempunyai kecerdasan
muzik tetapi dengan darjat yang berbeza-beza. Semua manusia di dunia ini
mempunyai kecedasan untuk menikmati dan menghayati pengalaman muzik yang ada
berdasarkan tahap yang berbeza-beza. Contoh aktiviti kecerdasan muzik ialah
persembahan muzik, bunyi vocal, bunyi instrumental, nyanyian dan drama lagu.
Penyanyi, mengubah lagu, pemain muzik dan komposer lagu ialah kerjaya yang
sesuai dan tepat bagi mereka yang mempunyai kecerdasan muzik ini.
Kecerdasan Kinestetik
Orang
yang mempunyai kecerdasan kinestetik yang tinggi berkebolehan mengguanakan
sebahagian atau keseluruhan anggota tubuh badan mereka untuk berkomunikasi dan
menyelesaikan masalah yang dihadapi. Oleh itu, mereka cekap menginterpretasi
pergerakan anggota atau tubuh badan. Biasanya, mereka lebih cenderung melakukan
aktiviti yang berkaitan dengan pergerakan badan seperti bersukan, menari,
gimrama dan lain-lain.
Di
samping itu, individu juga cekap memanipulasikan objek fizikal dan dapat
mengimbangi antara pergerakan fizikal dan mental. Mereka berupaya menggunakan
kemahiran fizikal untuk meluah idea, perasaan dan menyelesaikan masalah atau
mencipta suatu produk baru. Mereka memiliki keupayaan kawalan pada gerakan,
keseimbangan, ketangkasan dan keanggunan ketika bergerak. Orang yang cerdas
dalam bidang kenestetik mengeksplorasi dunia mereka dengan otot-otot. Contoh
aktiviti yang berkaitan dengan kecerdasan ini ialah tarian kreatif, drama, main
peranan, aktiviti jasmani, latihan fizikal, permainan sukan dan seni pertahanan
diri. Artis, pemain bola sepak, peninju, penari, pelakon, tentera, polis dan
olahragawan adalah beberapa kerjaya yang biasanya dimiliki oleh orang dengan
tingkat kecerdasan kinestetik yang tinggi.
Kecerdasan Logik-Matematik
Kecerdasan
logik-matematik adalah kebolehan menggunakan nombor, menaakul, mengenal pasti
pola abstrak, perkaitan, sebab dan akibat. Kebolehan yang dominan di bahagian
kiri otak membolehkan seseorang menaakul secara deduktif dan induktif serta
berfikir secara konseptual dan abstrak. Kecerdasan ini menggabungkan kemampuan
matematik dan ilmiah yang dimiliki oleh seseorang. Oleh itu pelajar cenderung
dalam kecerdasan ini dikatakan berupaya menyelesaikan masalah yang komplek
berkaitan Matematik dengan mudah sahaja dan boleh membuat perkaitan, menyoal,
menganalisis, mensintesis, mengira dan menggunakan komputer dengan cekap.
Seseorang
yang mempunyai kecerdasan logic-matematik yang tinggi memperlihatkan minat yang
besar terhadap kegiatan berbentuk eksplorasi. Mereka sering bertanya tentang
berbagai-bagai fenomena yang dilihat yang berlaku disekeliling mereka,
Lazimnya, mereka suka menuntut penjelasan logik dari setiap pertayaan. Selain
itu, mereka juga suka mengklasifikasikan benda untuk mudah mengira.
Contoh-contoh aktiviti jenis kecerdasan ini adalah menggunakan simbol, rumus,
urutan nombor, pola abstrak, perkaitan, sebab dan akibat (logic), penyelesaian
masalah, pengurusan grafik dan pengiraan. Orang yang mempunyai kecerdasan ini
biasanya Berjaya dalam kerjaya yang berkaitan dengan Matematik dan Sains.
Konsep
muzik, kinestetik, dan kecerdasan logik-matematik menunjukkan kemampuan kita
untuk menghasilkan dan menghargai irama, pin dan temborin sementara menghargai
berbagai bentuk ekspresi muzik dan kemampuan kita untuk menggunakan badan dan
objek dengan cekap. Manurut Gardner, kecerdasan merupakan kemampuan yang
dimiliki oleh seseorang untuk melihat sesuatu masalah dan seterusnya berupaya
menyelesaikan masalah tersebut atau membuat sesuatu yang berguna kepada orang
lain. Menurut Gardner, cabaran pendidik adalah untuk mengenali kecerdasan yang
berasingan dan memeliharanya sebagai kecerdasan universal untuk memenuhi fungsi
penting dalam perkembangan kognitif kanak-kanak, social dan perkembangan
fizikal
Ciri-ciri
sesebuah lagu kanak-kanak
1. Senikata lagu haruslah mudah difahami dan banyak
pengulangan
2. Setiap rangkai lagu haruslah mengandungi bilangan suku
kata yang seimbang.
3. Hujung rangkai mengandungi rima.
4. Mestilah mempunyai pengulangan pada melodi lagu.
5. Pengulangan corak irama dalam lirik lagu.
6. Senikata haruslah sesuai untuk dilakukan gerakan.
7. Rentak dan irama muzik iringan tidaklah terlalu berat.
8. Tema lagu mestilah berkaitan pengalaman dan
persekitaran harian kanak-kanak.
YouTube.com Videoslots - Videodl.cc
ReplyDeleteVideoslots.com Videoslots by Videoslots is an online slots game based on the slot machines videoslots game. You youtube to mp3 converter online can play this game on the official website of